Oleh : Ideologi
***Percubaan pertama penulisan khutbah (hari raya Eid-ul Fitri)
Segala puja-puji hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tuhan yang telah memasakkan langit dan menghamparkan bumi. Tuhan yang menciptakan alam semesta. Tuhan yang telah memberikan kehidupan kepada seluruh makhlukNya. Dan Dia jualah yang telah mempersatukan hati-hati kaum muslimin di atas manhaj yang benar, dan memalingkan kita daripada kemusyrikan dan kekufuran.
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Pada hari ini, kita sekali lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk kembali meraikan 1 syawal, yakni hari raya aidilfitri 1430H. Di samping umur yang masih terlekat di rongga, Allah juga masih terus mengekalkan kita dengan nikmat Islam dan Iman. Inilah tanda betapa cinta dan kasihnya Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya.
Laungan takbir, tasbih dan tahmid yang bergema di seluruh dunia seakan-akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan Islam, di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Ungkapan indah dan penuh keberkatan yang kita laungkan sebentar tadi, sebenarnya berasal dari ungkapan lidah Rasulullah s.a.w. sewaktu berjaya memimpin kaum muslimin membuka kota Makkah.
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Setelah usai perang Mu'tah yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid, kaum muslimin memulai satu rencana baru.Hasil daripada perang Mu'tah, mesej yang jelas telah disampai kepada musuh-musuh Islam, bahawa kaum muslimin bukanlah kaum yang bisa ditindas. Perang Mu'tah menjadi saksi keberhasilan dan kejayaan tentera kaum muslimin berhadapan dengan tentera Rom, walaupun kemenangan tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Namun berita yang menggoncangkan itu, yakni berita kaum muslimin bertempur dengan tentera Rom yang jumlah mereka 70 ribu kali ganda daripada jumlah tentera kaum Muslimin. Kesempatan ini digunakan sebijaknya oleh Rasulullah s.a.w. untuk melaksanakan misi agung, yakni pembukaan Kota Makkah.
Ketika Fathum Makkah, Rasulullah s.a.w yang diiringi kurang lebih 10,000 kaum muslimin dari Madinatul Munawarah memasuki Kota Makkah tanpa membawa senjata..dan pembukaan kota makkah berlaku tanpa pertumpahan darah. Rasululah s.a.w dan seluruh kaum Muslimin yang turut serta dalam pembukaan tersebut, memasuki Makkah melalui 4 penjuru. Kaum muslimin yang berarak masuk ke kota Makkah dengan laungan Takbir, Tasbih dan Tahmid bisa saja menggentarkan hati para musuh Islam. Namun bagi mereka-mereka yang tertindas di negeri mereka sendiri (Makkah), mereka sebenarnya sentiasa menantikan kehadiran sang pembela..yakni Rasululah s.a.w berserta para pengikutnya.
لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولوكره الكافرون
"Tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Yang benar janjiNya, penolong hambanya,Yang memberikan kmenangan kepada tenteraNya dan mengalahkan tentera Ahzab dengan sendiriNya"
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Selepas pembukaan kota Makkah yang di lakukan oleh kaum Muslimin, Islam terus bangkit sebagai sebuah negara yang mengemban risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Pembukaan kota Makkah dan kemasukan kaum muslimin yang sebegitu ramai, dan tidak mendapat sebarang penentangan dari kafir Quraish mengkhabarkan kita beberapa pengertian :
Pertama,Membuktikan kebenaran agama dan ideologi yang diturunkan oleh Allah s.a.w! Kedua,Islam sebagai rahmat bagi seisi alam bukanlah omong kosong dan Ketiga,Membawa mesej yang jelas kepada kuasa-kuasa dunia, bahawa kekuasaan mereka sedang di ambang kemusnahan!
Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w, misi dakwah yang agung diteruskan oleh para sahabat baginda. Di bawah satu kepimpinan,kaum muslimin terus mara dan menyonsong kemulian dengan membuka kota-kota dunia. Kuasa-kuasa dunia tumbang satu persatu di tangan Islam. Bermula dengan kerajaan musyrikin quraish yang berpusat di Makkah..seterusnya Rom dan Parsi yang merupakan superpower pada saat dan ketika itu, berjaya dihancurkan kekuasaanya oleh kaum muslimin.
Bermula di sekitar Hijjaz, wilayah kekuasaan kaum muslimin melebar ke wilayah syam, benua afrika, benua eropah, dan tidak terkecuali di nusantara kita. Setelah itu wilayah kekuasaan kaum muslimin meliputi 2 per 3 dunia tanpa pesaing! Kekuasaan Islam yang agung ini bertahan selama 1300 tahun! Sepanjang kekuasaan Islam yang bertakhta di atas muka bumi..kaum muslimin mencapai satu standart dan piawaian yang telah Allah s.w.t tetapkan. Di mana Allah s.w.t befirman :
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ
Seluruh hukum Islam diterapkan sepanjang berdirinya kekuasaan kaum muslimin. Darah dan maruah kaum muslimin senantiasa di lindungi. Al-Quran dan Assunnah senantiasa dijunjung tinggi. Pengkhianat dan musuh Islam sentiasa diperangi. Inilah erti kemenangan hakiki! Kemuliaan kaum muslimin pada masa dahulu memiliki formula yang tersendiri. Formula yang dimaksudkan adalah kesatuan ummah!!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Allah s.w.t befirman di dalam Al-Quran :
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ
"Dan berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah dan janganlah sekali-kali kamu
Saudara-saudaraku, Allah s.w.t menyeru kepada seluruh kaum Muslimin agar tetap teguh berpegang dengan tali Allah. Dan Allah melarang seluruh kaum muslimin untuk becerai berai. Tali Allah adalah hukum syara'. Yakni hukum yang telah Allah s.w.t turunkan. Hukum yang juga dipegang teguh oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Kesatuan kaum muslimin adalah perkara yang wajib untuk dilaksanakan!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Pada hari ini, kita bisa melihat diseluruh dunia. Baik daripada kalangan para intelektual, tokoh-tokoh agama, jemaah-jemaah Islam mahupun parti-parti politik..kesemua mereka menyerukan kepada perkara yang sama, iaitulah kesatuan ummah. Hakikat ini muncul kerana seluruh ummat Islam di dunia memiliki satu pendapat dan kesimpulan yang sama. Iaitu seluruh kaum muslimin perlu bersatu.
Mimbar ingin bertanya kepada kalian wahai kaum muslimin..kesatuan dalam bentuk apakah yang bisa menyelamatkan kita daripada kezaliman dan penindasan yang tidak berpenghujung?? Jawapannya akan anda perolehi sedikit masa lagi.
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Seruan demi seruan kian lantang dikumandangkan oleh beberapa pihak. Ada diantara seruan-seruan mereka itu yang menyentuh hati-hati kaum muslimin untuk terus menyahut seruan mereka tanpa berfikir panjang. Ada dikalangan seruan-seruan itu yang berbentuk assobiyyah dan kebangsaan!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Seruan yang dikumandangkan oleh golongan-golongan ini tidak lekang juga daripada sentimen wathoniyyah dan cintakan tanah air. Mereka menaikkan semangat patriotisme di dalam diri-diri para penganutnya. Mereka menyatakan bahawasanya bumi ini adalah milik kaum majoriti! Golongan yang melaungkan wathoniyyah ini seterusnya hanya menjaga sempadan-sempadan boneka yang telah dilakarkan oleh kuffar terlaknat.
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang dimuliakan oleh Allah,
Sekali lagi mimbar ingin bertanya kepada anda, adakah seruan assobiyyah dan wathoniyyah ini yang diperintahkan oleh Allah untuk menyatukan ummat Islam?? Demi tuhan yang menurunkan Al-Quran! assobiyyah dan wathoniyyah adalah haram disisi Islam! Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah " [HR Abu dawud]
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Sesungguhnya formula kejayaan ummat Islam pada masa dahulu adalah bersatunya kaum muslimin dibawah satu kepimpinan, yakni Daulah Khilafah Islamiyyah! Seluruh kaum muslimin pada saat dan ketika itu yakin dan percaya bahawasanya hanya dengan 'aqidah Islam sahajalah yang bisa menyatukan seluruh ummat Muhammad. Sepanjang sejarah kaum muslimin, tidak pernah sekalipun mereka berpecah belah dan memisahkan diri daripada kesatuan Khilafah Islamiyyah. Mereka juga yakin dan percaya, hanya dengan keterikatan mereka terhadap hukum
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Mimbar ingin mengingatkan kalian akan tragedi yang menyebabkan seluruh ummat Islam pada saat dan ketika ini di ambang kehancuran. Tragedi yang mengoyak-ngoyakkan kesatuan kaum muslimin di bawah naungan Khilafah Islamiyyah. Tragedi yang juga mematikan terus keterikatan ummat secara keseluruhanya terhadap hukum syara'
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Sungguh telah berlaku satu goncangan yang dahsyat di dalam wilayah kekuasaan Islam. Sekularisme yakni pengasingan antara agama dari kehidupan telah menerjah masuk di dalam benak-benak kaum muslimin. Hal ini berlaku sekitar period akhir kekuasaan Turki Uthmaniyyah. Penguasaan ummat terhadap bahasa arab dan ajaran Islam itu sendiri, menjadi titik tolak bermaharajalelanya pemikiran-pemikiran kufur di tengah-tengah masyarakat. British yang merupakan salah satu kuasa dunia pada saat dan ketika itu mulai memberikan arahan kepada jentera pembunuhnya, agar memulakan fasa 'bunuh dan kambus!' Jentera pembunuh yang berabad lamanya telah diatur..akhirnya diaktifkan!!
Senjata utama yang digunakan oleh British dan para kuffar terlaknat adalah 'Assobiyyah' dan 'Wathoniyyah'. Assobiyyah adalah semagat kebangsaan dan Wathoniyyah adalah semangat cintakan tanahair. Senjata mereka ini digunakan tiada lain hanya untuk memecah belahkan kesatuan kaum muslimin, yang mana pada saat dan ketika itu urusan politiknya dipimpinoleh seorang Khalifah.
Melalui ajen penjilat setia, mereka, British mulai menyerang pemikiran ummat Islam. Di wilayah Hijjaz, berkuasanya seorang gabenor yang dilantik oleh Khalifah untuk mentadbir wilayah tersebut. Syarif Hussein adalah orang yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan yang cukup penting bagi memulakan langkahpenghancuran Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
British menghantar ajennya untuk memulakan agenda kotor mereka. T.E Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia juga merupakan antara orang penting dalam menjalankan makar jahat British. Lawrence berjaya mengapi-apikan semangat kebangsaan arab. Beliau juga berjaya menghasut Syarif Hussein untuk memimpin satu gerakan untuk mengadakan perlawanan yang hebat terhadap kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah. Dengan bantuan dan bekalan senjata yang dibekalkan oleh British, Syarif hussein yang tempatnya diganti oleh Abdul Aziz Ibnu Sa'ud, memulakan perlawanan yang dahsyat terhadap Khilafah. Akhirnya tentera kebangsaan arab memenangkan perlawanan.
Sebagai imbalannya, British memberikan kemerdekaan kepada Ibnu Sa'ud. Dan berdirilah sebuah negara bangsa yang paling jijik di dunia. Satu-satunya negara bangsa yang meletakkan nama keluarga sebagai nama negara, yakni Arab Saudi!
Wilayah Hijjaz, di mana terletaknya rumah suci bagi kaum muslimin! Namun pada saat dan ketika ini tempat suci ummat Islam itu di cabul kehormatanya oleh dinasti Sa'ud! Sistem kerajaan diterapkan! Para pemerintah Hijjaz juga menjadikan Amerika dan British sebagai teman rapat!! Na'uzubillahi min zalik!
Begitu jugalah yang berlaku di Turki. British, dengan bantuan daripada penjilat abadi, Mustafa kamal Attartuk Laknatullah 'Alaihi memulakan makar jahat mereka. Dengan menubuhkan satu pergerakan The Young Turks (Golongan Turki Muda), Mustafa Kamal Attartuk memulakan rencananya. Antara lain, Mustafa Kamal meyebarkan idea nasionalisme (kebangsaan) terhadap ummat Islam di Turki. Idea sekularisme juga turut disebarkan. Kuasa Khalifah Islam semakin mengecil dan hanya tertakluk dalam hal-hal tertentu sahaja. Pada tahun 1917-1918, Khilafah Turki Uthmaniyyah benar-benar lumpuh. Jentera pemerintahannya lansung tidak berfungsi..dan benih-benih kehancuran mulai menampakkan percambahan. Tahun 1924, secara rasminya Khilafah Turki Uthmaniyyah terlah dibunuh. Sudahlah dibunuh..kemudian dikambus!
Lenyap sudah Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah sebagai benteng terakhir bagi kaum muslimin. Setelah runtuhnya empayar kegemilangan Islam di Turki, Mustafa Kamal Attartuk dilantik oleh British untuk menjadi presiden bagi republik Turki yang baru. Mustafa Kamal Attartuk tidak berhenti di situ. Beliau yang sememangnya memusuhi Islam sejak kecil meneruskan kegilaannya. Beliau mengharamkan muslimah-muslimah untuk berpakaian sejajar dengan tuntutan syara'. Muslimah-muslimah diwajibkan berpakaian ala barat, dengan mendedahkan aurat yang sebelum ini terjaga dengan syari'ah Islam. Mustafa Kamal si anjing barat masih tidak berpuas hati. Beliau memansuhkan tulisan arab, dan hanya membenarkan tulisan latin untuk diguna pakai di dalam negara. Kalimah-kalimah azan juga ditukar kepada Bahasa Turki! dan untuk melengkapkan kemunafikannya, Mustafa Kamal mengarahkan agar sebuah patung ukiran dirinya didirikan ditengah-tengah ibu negeri Turki!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Ini adalah antara peristiwa tragis yang cukup menghinakan. Di sinilah segala-galanya bermula. Mimpi hanyir bagi kaum muslimin memasuki fasa pertama.
Pada tahun 1947, deklarasi yang dikeluarkan oleh PBB, memaksa jutaan kaum muslimin di Palestin meninggalkan kampung halaman mereka. Ini berlaku kerana sebuah negara bagi kaum Yahudi akan dibina di palestin, bumi yang disucikan oleh Allah. Sejak daripada itu puluhan ribu nyawa kaum muslimin melayang gara-gara krisis timur tengah yang didalangi oleh Yahudi terlaknat! Krisis muslim-yahudi kian meruncing apabila pada tahun 2000 tentera Yahudi mula menggunakan senjata kimia dalam agenda mereka mengadakan perlawanan yang hebat terhadap kaum muslimin di Palestin. Kanak-kanak dibunuh! Wanita-wanita dicabuli! Orang-orang tua di khianati! Terbaru pada tahun 2009, Gaza sekali lagi bermandi darah!
Teknologi terbaru yang mereka gunakan untuk menghancurbinasakan kaum muslimin adalah dengan menggunakan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai Fosforus. Fosforus adalahsejenis bahan kimia yang sangat merbahaya. Fosforus ini akan terbakar hampir 10 minit apabila mengenai sasarannya. Bayangkan kaum muslimin di Palestin terpaksa menghadapi ancaman yang cukup dahsyat daripada Yahudi terlaknat!
Masih tidak cukup, peristiwa hitam yang berlaku di Algeria masih segar mengisi ruang mimpi hanyir kaum muslimin. Pada tahun 1954, kaum muslimin di Algeria menjadi mangsa kekejaman tentera Perancis. Perancis dengan bengis membunuh jutaan kaum muslimin di Algeria. Hanya saja, kaum muslimin di Algeria mengadakan tuntutan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol.
Kita juga bisa menyaksikan apa yang berlaku pada tahun 1991-1992 di Bosnia. Pembersihan etnik yang didalangi oleh Serbia menyaksikan jumlah pembantaian kaum muslimin di Bosnia mencecah puluhan ribu orang. Tentera pengaman PBB yang kononnya ingin memberikan perlindungan kepada kaum muslimin, sebaliknya bertindak di luar batasan kemanusiaan.PBB telah mengumpulkan ribuan kaum muslimin di salah satu kem pelarian. Seterusnya PBB menyerahkan kesemua kaum muslimin yang telah dikumpulkan kepada tentera Serbia.Tanpa menunggu lebih lama, tentera Serbia dengan bengis dan kurang ajar terus membunuh kesemua kaum muslimin tersebut dengan menggunakan peluru kereta kebal! Ini memberikan bukti yang jelas kepada kita bahwa sememangnya kaum kuffar akan terus mengkhianati kaum muslimin di seluruh dunia.
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Kita juga mendapat pengalaman daripada pembantaian kaum muslimin di Selatan Thailand. Selatan Thailan yang meliputi tiga wilayah, Yala, Narathiwat dan Patani menjadi medan pembantaian tentera-tentera kerajaan Thailand terhadap kaum muslimin yang menduduki wilayah bergolak terbabit. Sejak awal tahun 1990 hingga sekarang, jumlah korban pembantaian tentera kerajaan Thailand terhadap kaum muslimin mencecah 6000 orang. Tahun 2004 juga menyaksikan perkara yang sama berulang. Angka korban tragedi Thak Bai yang dikeluarkan oleh kerajaan Thailad adalah sekitar 300 orang sahaja. Namun melalui informasi yang diperolehi dari saudara-daudara kita di wilayah bergolak berkenaan..jumlah korban di pihak kaum muslimin mencecah ribuan orang!!
Pertikaian antara Islam dan Kristian di wilayah Ambon juga menghiasi mimpi hanyir kaum muslimin. Pada tahun 2000 berlaku satu goncangan yang cukup dahsyat di nusantara kita. Bagaimana berlakunya peperangan antara Islam dan Kristian di Ambon, Indonesia. Ribuan kaum muslimin dibunuh oleh orang-orang Kristian! Tidak cukup dengan lelaki, bayi yang baru lahir juga menjadi magsa tetakan pedang orang-orang Kristian. Kaum muslimin di Ambon bangkit mengadakan perlawan yang sewajarnya. Namun jumlah kematian yang mencecah ribuan orang di pihak kaum muslimin adalah satu kenyataan yang tidak pernah terbayangkan oleh seluruh ummat Islam. Lebih-lebih lagi bagi kita yang hidup di nusantara!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Serangan terhadap World Trade Centre di Amerika Syarikat melengkapkan mimpi hanyir kaum muslimin. Atas nama memerangi pengganas, Amerika dengan bantuan daripada pasukan pakatan utara memasuki Afghanistan pada tahun 2002! Demi mencari seorang yang bernama Osama Bin Laden, kaum muslimin telah membayar 500 ribu nyawa saudara se'aqidahnya kepada Amerika. Malapetaka apakah yang sedang menimpa anda wahai kaum muslimin?? Memadaikah hanya berharap kepada tentera Taliban untuk mengusir Amerika dari Afghanistan?? Jawapannya ada pada diri anda!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Tahun 2003 lain pula kisahnya. Atas alasan untuk mendemokrasikan Iraq, dan membenam pemerintahan diktator zalim yang bernama Saddam Hussein, Amerika memasuki Iraq! Serangan yang bertubi-tubi menghujani kaum muslimin di Iraq! Bedilan dari udara dan laut silih berganti. Sehingga pada saat dan ketika ini, angka korban keganasan Amerika Syarikat dan Britain mencecah 600 ribu orang!! Na'uzubillahi min zalik!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Hari ini merupakan hari raya 'Aidil Firti. Hari yang kononnya menjadi kebanggaan kaum muslimin. Hari yang kononnya menjadi kemenangan bagi seluruh kaum muslimin. Namun sebenarnya hari raya ini hanya akan menjadi satu dongeng rakyat pada masa hadapan jika kita tidak melakukan sesuatu! Tentu anda bertanya sendiri..bagaimana hari raya 'Aidil Firti bisa menjadi dongeng rakyat?? Mimbar akan menjelaskannya kepada anda. Dongeng rakyat adalah kisah dahulu kala yang kesahihannya masih dipertikaikan.
Begini jualah yang akan berlaku pada hari raya 'Aidil Fitri, hari raya 'Aidil Adha, dan hari keraian Islam dan keseluruhan ajaran Islam. Ini kerana tidak akan ada yang bisa membela dan memelihara agama dan ideologi Islam di atas muka bumi ini.
Tidakkah kali terfikir wahai kaum muslimin, apakah yang akan berlaku ke atas ummat ini jika kita terus dibantai musuh? Apakah yang akan berlaku pada agama ini jika saudara-saudara kita terus dibunuh? Mustahilkah kita juga akan dibunuh? Mustahilkah untuk seluruh ummat ini akan dilenyapkan terus dari muka bumi ini?? Jawapannya adalah 'Tidak Mustahil'!!. Lihat sahajalah keadaan kita sekarang wahai saudara-saudaraku! Bukankah kita sedang di ambang kemusnahan?? Bukankah kita sedang dilanda kepupusan??
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Demi Allah! Demi Rasul! Demi Islam! Demi Ummat! Kita seharusnya bangkit! Bangkit melakukan satu aktiviti yang selayaknya untuk menjulang kembali ummat yang sedang parah! Aktiviti yang selayaknya untuk kita lakukan agar ummat ini untuk bangkit tiada lain adalah dengan mendirikan semula Khilafah atas jalan kenabian!
Sejarah telah membuktikan. Pada period awal dakwah Rasulullah s.a.w di Kota Makkah Islam ditindas oleh musyrikin Quraish! Ummat Islam dibunuh! Ummat Islam dipenjara! Umat Islam difitnah! Ummat Islam diseksa! Namun dengan kesabaran dan dengan aktiviti yang selayaknya, Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjaya membina sebuah Daulah Khilafah Islamiyyah di Madinah! Setelah Daulah Khilafah Islamiyyah tertegak..kemuliaan kaum muslimin mulai tertuai! Setelah kepimpinan Rasulullah s.a.w berakhir, Khalifah-Khalifah selepas baginda meneruskan kegemilangan Islam!
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Tidakkah kalian melihat bagaimana kaum muslimin memenangkan peperangan Badar Al-Qubra? Tidakkan kalian melihat bagaimana kaum musyrikin makkah lari terhinakan? Tidakkah kalian melihat bagaimana Rasulullah s.a.w memimpin peperangan untuk menghancurbinasakan kaum Yahudi Quraizhah? Tidakkah kalian mendengar bagaimana hebatnya Rasulullah s.a.w mengadakan perlawanan untuk menawan kota Khaibar?! Tidakkah kalian melihat bagaimana Rasulullah s.a.w mengusir kesemua kaum Yahudi bani Qainuqa' keluar daripada Madinah setelah salah seorang daripada mereka menyingkap aurat seorang muslimah??
Di era pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang lain, tidakkah kalian melihat bagaimana kaum muslimin mengalahkan Rom dan Parsi? Tidakkah kalian melihat bagaimana Kaum muslimin yang dipimpin oleh Umar Ibu Khattab membebaskan Palestin daripada cengkaman dan dominasi Rom? Tidakkah kalian melihat bagaimana Salahuddin Al-Ayubi menghancurbinasakan tentera salib yang memusuhi kaum muslimin sekaligus membebaskan Palestin buat kali kedua??
Tidakkah kalian mendengar berita tentang Khalifah Al-Mu'tassim Billah menghantar bala tentera kaum muslimin untuk menyelamatkan seorang muslimiah yang dizalimi oleh seorang lelaki dari bangsa Rom..dan tentera kaum muslimin itu diutuskan hanya sahaja selepas mendengar laungan "Wahai Mu'tassim!!"
Kesemua ini adalah zaman kegemilangan Ummat Islam! Dan demi Allah! Kita bisa mengecapi semula kegemilangan dan kemuliaan sama seperti zaman keemasan Islam dahulu! Hanya saja, kita perlu melakukan satu aktiviti yang sewajarnya! Iaitu Tegakkan Khilafah!
Allah s.w.t befirman di dalam Al-Quran :
فَٱحۡڪُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ
"Maka putuskanlah perkara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka dengan meniggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu" (Al-Maidah:48)
Di dalam ayat yang lain, Allah s.w.t befirman :
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, kerana mereka akan memalingkan kamu daripada kebenaran yang telah datang jelas dihadapan kamu"
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Di dalam kedua-dua ayat di atas, Allah s.w.t menyeru kepada seluruh kaum muslimin agar berhukum dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah. Allah s.w.t juga mengingatkan kita kaum muslimin agar berhati-hati terhadap orang-orang kafir, orang-orang munafik, orang-orang fasiq, serta sekutu-sekutu mereka. Kerana Allah s.w.t menyatakan kepada kita bahawasanya mereka-mereka ini akan memalingkan kebenaran yang telah datang jelas di hadapan mata kita.
Seluruh kaum muslimin wajib untuk beriman dengan setiap hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada ummat manusia. Allah s.w.t telah befirman di dalam Al-Quran :
Antara hukum-hukum yang telah difardukan oleh Allah s.w.t kepada kita adalah Khilafah Islamiyyah. Khilafah Islamiyyah merupakan sebuah sistem pemerintahan Islam.
Sepanjang sejarah kaum muslimin, tidak pernah sekalipun sistem pemerintahan lain diterapkan keatas rakyat-rakyatnya! Seluruh kehidupan ummat manusia yang bernaung dibawah kepimpinan Khilafah Islamiyyah diuruskan sesuai dengan kehendak syara'. Baik dari sudut ekonomi, politik dalam dan luar negeri, sosial, pendidikan dan lain-lain. Namun sesudah lenyapnya empayar Khilafah Islamiyyah yang terakhir, menjadikan ummat Islam seolah-olah hilang arah tuju serta pedoman.
Pemimpin-pemimpin kaum muslimin yang berkuasa pada hari ini sebenarnya adalah ajen kepada Amerika dan kaum kuffar terlaknat. Mereka tidak berhukum dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Mereka pada saat dan ketika ini berkolobrasi dengan kuffar untuk menjahanamkan terus kaum muslimin. Hukum-hukum kufur yang diimport daripada barat menjadi sembahan-sembahan para pemimpin yang zalim ini. Tidak hanya dengan itu, mereka juga memaksa kaum muslimin yang berada dibawah kekuasaannya untuk terus tunduk dan patuh terhadap hukum-hukum kufur tajaan barat tersebut. Sesiapa sahaja yang menentang pimpinan-pimpinan ini akan mendapat balasan yang kejam! ada dikalangan mereka-mereka yang menentang hukum-hukum kufur dipenjara. Ada juga yang diseksa. Tidak kurang juga yang diperkosa! Lebih menghibakan, para pejuang Khilafah di penjara, diseksa hingga mati. Inilah hakikat yang sedang membelenggu diri-diri anda wahai kaum muslimin.
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Yang Pernah Dimuliakan oleh Allah,
Segala kezaliman dan penderitaan yang dialami oleh kaum muslimin pada saat dan ketika ini bisa sahaja lenyap dalam sekelip mata. Hanya saja kita perlu bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan berusaha sekuat dan sepantas mungkin untuk mendirikan semula Khilafah Islamiyyah yang telah hilang!
Mimbar pada hari yang diberkahi oleh Allah s.w.t ini menyeru kepada diri kami serta anda sekelian untuk bangkit melakukan pembelaan yang sewajarnya terhadap islam! Bangkitlah dari lena yang cukup panjang. Kenalilah saudara-saudara kalian..dan kenalilah musuh-musuh kalian. Pasakkanlah ketaqwaan kalian kepada Allah s.w.t. dan janganlah kalian menurutkan hawa nafsu yang rendah. Janji Allah itu haq! Daulah Khilafah Pasti tertegak! Bersatulah! Bukan bercerai berai..Allahu Akbar!..Ya Allah! Satukanlah kami di Daulah Khilafah Rasyidah seperti mana yang Engkau telah janjikan!!
ثم تكون خلافة على منهاج النبوة
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ




